Kumpulan Resep Masakan Lengkap, Puding, Ayam, Kue, Es, Rujak, Tradisional, Mancanegara, Indonesia, Daerah, Lezat, Enak, Gurih, Sedap

Jumat, 22 Juli 2016

Soto Jawa


Satu lagi juadah atau hidangan yang seringkali di sediakan pada musim perayaan ialah soto. Kalau di Johor ni.. soto memang cukup popular di majlis rumah terbuka. Ini adalah kerana penyediaannya yang mudah dan ringkas di samping ianya adalah makanan yang di sukai ramai.

Ada yang menyukai soto nasi, soto mee halus atau mee kuning. Soto nasi impit biasanya di panggil soto. Jika menggunakan mee halus di panggil mee soto. Walau apapun yang di sediakan bersama kuah soto janji ada sambal kicap pasti enak dan membuka selera.

Soto kalau di Indonesia adalah berbeza mengikut daerah dan tempat. Sebab tulah kita ada dengar soto Bandung, Soto Madura, soto Jowa dan lain-lain lagi.

Hari ini ita kongsikan soto Jawa. Cuma cara menghidang ita tetap dengan cara Johor. Makan dengan begedil dan sambal kicap. Kalau ikut soto Jawa original ianya di makan bersama telur rebus, kentang dan soon. Tapi anak-anak ita tak biasa makan soto dengan telur, sebab tu ita kekalkan soto dengan hidangan Johor, cuma penyediaan kuahnya ita ikut ramuan soto Jawa.

Sebenarnya tak banyak beza pun.. rasanya pun lebih kurang sama macam soto yang biasa ita sediakan sebelum ini.




SOTO JAWA

1/2 ekor ayam ~ di potong dan cuci bersih

Bahan Kisar
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc lengkuas
1 inc kunyit hidup
1 inc halia
2 batang serai
4 biji buah keras

Bahan Di sangai
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
3 sudu teh ketumbar
2 sudu teh lada hitam

Rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkit
3 biji pelaga

1 kiub ayam
garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Jintan, ketumbar dan lada hitam di sangai tanpa minyak. Jangan sampai hangus
Satukan dengan bahan kisar dan kisar hingga halus

Dalam periuk, panaskan sedikit minyak
Tumiskan rempah tumis hingga harum
Masukkan bahan yang di kisar halus dan masak hingga harum, terbit minyak dan benar-benar garing.
Bila dah betul-betul garing masukkan air setengah periuk dan biarkan air didih
Bila dah didih masukkan ayam
Masak hingga ayam empuk
Masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa

Keluarkan ayam dari periuk dan toskan
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga keemasan
Angkat dan siat-siat isi ayam

Soto Jawa di makan bersama
Nasi himpit
Telur rebus
Kentang goreng
Soon ~ di goreng
Ayam yang di siat-siat
Taugeh
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris halus
Kacang goreng
Sambal cili
Ita sediakan begedil daging untuk di makan bersama soto

BEGEDIL DAGING

Resepi untuk 30 biji 
1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat 
300 gram daging cincang - ita guna daging buger
2 biji telur, asingkan kuning dan putih - ita guna 1 biji kuning telur
3/4 cawan bawang goreng 
secekak daun sup, dicincang 
2 ulas bawang putih 
2 sudu teh serbuk lada putih 
garam secukup rasa 
1 biji cili merah - di cincang halus - ita tambah

Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.

SAMBAL KICAP

15 tangkai cili padi ~ dengan tangkainya sekali ~ cuci bersih
4 ulas bawang putih
1 inc halia
1 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1/2 cawan kicap manis

Satukan semua bahan dalam blender dan kisar
Tuangkan dalam mangkuk
Perahkan limau nipis atau limau kasturi
Sedia di hidangkan bersama soto



Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Soto Jawa

0 komentar:

Posting Komentar