Pasti peminat slot Akasia TV3 sedang demam Kapten Mukhriz dan Dr Ariana Dahlia kan... Ita ni bukalah peminat Akasia sangat, kalau cerita yang best layan lah jugak. Sebabnya masa nya tak berapa sesuai.. tu yang malas sangat nak follow. Tapi kalau yang best tu.. kadang terlayan jugak.
Sekarang ni masang-masing tengah seronok layan Sayangku Kapten Mukhriz. Ada yang dah mula pasang angan-angan nak cari pasangan dari kalangan anggota tentera.. haha.. lebih-lebih lagi bila bersanding dibawah pedang... kan.. nampak sweet sangat kannnn....
Ariana Dahlia seorang doktor, dan merupakan anak kepada bekas anggota polis dan juga merupakan adik kepada seorang anggota tentera. Setiap kali cuti Ariana gemar menghabiskan cuti di rumah abangnya, Izzudin berbanding pulang ke rumah ibu bapanya. Pertemuan pertama dengan Kapten Mukhriz membuat Ariana bertekad untuk mendekati Mukhriz. Ingat senang nak pikat hati Ustaz Mukhriz tu? Dengan memegang posisi sebagai ustaz di dalam kem, memang sah-sahlah ramai peminatnya.
Tapi Ariana tetap dengan tekadnya untuk memikat Mukhriz. Salah satu usahanya adalah dengan kerap bertandang ke rumah Izzudin. Perangai Dr yang gedik tu lah.. yang membuatkan ramai yang melekat depan TV haha... ada jugak Dr yang gedik macam ni kan... tapi seronok pulak layan gedik si Ariana ni.. taklah over.. tapi kesian lah pulak.. Kapten Mukhriz tu macam tak ada perasaan aje... macam perigi cari timbalah pulak..
Kapten Ustaz Mukhriz yang pada mulanya belum bersedia berumahtangga.. akhirnya tewas juga dengan perangai Dr Ariana yang main redah aje.... tu.
Sekarang ni mereka dah pun berumahtangga... alahaii... sweetnya... dengar Dr Ariana pun dah berbadan dua.. bertambah bahagialah rumahtangga mereka.. pasti ada yang frust menonggeng kan...
Adoiii... tak sabar nak tunggu kesudahan kisah mereka..
Dek kerana demam Sayangku Kapten Mukhriz ni... maka virallah kek marble sayangku kapten.. aha.. ita pun tak nak ketinggalan untuk membuatnya juga. mana boleh tahan bila kawan-kawan page masak-masak dok tayang kek celoreng masing-masing.
KEK MARBLE SAYANGKU KAPTEN...
Resepi Oleh : Noorfaizah Omar
250 gm butter
1 cawan gula halus
4 biji telur A
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna hijau, hijau muda, coklat, coklat muda
Pukul butter dan gula sampai kembang
Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sebatikan
Masukkan susu cair dan tepung berselang seli dan sebatikan
Bahagikan adunan kepada beberapa bekas
Letakkan pewarna untuk setiap bekas
Tuang dalam loyang 8 inc yang di lapik kertas minyak dan di oleh butter
Tuangkan pewarna tu satu sudu dan di letakkan secara rawak.
Buat sampai habis.
bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170c
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
Tapi ita bukan buat buat kek marble sayangku Kapten Mukhriz aje tau... ita dekokan kek ni dengan angerik desa.. wah!.. so sweetttt...
Percubaan pertama buat bunga orkid dengan buttercream. Ialah asyik dengan bunga Korea aje.. apalah salahnya jika kita perkenalkan pula bunga tempatan. Sebenarnya bunga tempatan kita lagi cantik tau! tapi biasalah kita ni kan.. dah terbiasa.. kalau yang datang dari luar tu... yang kita agung-agungkan.. lebih-lebih lagi dari Korea. Bukan kata orang lain.. anak ita sendiri.. Dalili asyik Korea aje.. baju Korea lah.. muzik Korea lah... cerita Korea lah.. adoiii... pening kepala maknya..
Baru-baru ini ita ada dapat email dari seorang pakar Korean Flower Buttercream dari Korea yang cukup popular dan terkenal dengan hasil kerativiti bunga Korean Buttercreamnya. Kalau jenguk ke ig beliau atau blog beliau pasti terpegun dengan sentuhan beliau yang cukut berseni dan halus buatannya. Ita rasa ramai yang kenal dengan beliau. Sebenarnya beliau telah mengundang ita untuk bersama beliau mendekorasi atau memperkenalkan buttercream flower di Asia Tenggara. Beliau juga mencadangkan ita untuk memperkenalkan kepada beliau bunga tempatan atau bunga-bungga dari Asia Tenggara yang popular untuk kami berkolaborasi dalam memperkenalkan buga buttercream dengan idea yang lebih terkini dan lebih segar.
Ita pun tak terfikir...
Kadang-kala kita ni terlalu mengagungkan orang luar atau terlalu terpengaruh dengan trend-trend yang datang dari luar sampaikan kita terlupa untuk menhargai apa yang kita ada atau bakat orang kita.
Ita pun tak menyangka.. orang dari luar lebih berminat untuk berkreativiti dengan segala sumber dan keindahan yang ada di sini dan ingin menonjolkan dan memperkenalkan di peringkat global. Ita tahu beliau adalah seorang tenaga pengajar yang profesional dan sering mengadakan bengkel Korean Flower Buttercream hingga ke Hongkong, Eropah, USA. Tetapi jangkaan ita dari apa yang kami bincangkan melalui email, nampaknya bunga-bunga dari Asia Tenggara lebih menarik dan mendapat tempat di hati beliau.
Kalau kita perhatikan di sekeliling kita lah kan.. negara kita ni kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Dengan warna yang cantik, rupa yang pelbagai, tekstur yang halus dan lembut dengan haruman yang cukup mengagumkan... tapi kita ni kurang nak mengagumi dan menghargai apa yang kita ada....
Sebenarnya ita cukup minat dengan bunga orkid. Bunga orkid ni namanya aje bunga orkid... tapi dia ada beribu spesis. Setiap daripadanya ada keunikkan tersendiri. Dengan warnanya yang terang.. kelopaknya yang pelbagai bentuk.. corak pada bunga yang unik dan adalah sukar sebenarnya nak menghasilkan sesetengah bunga orkid daripada buttercream.
Ita mengambil masa yang lama juga untuk mengkaji dan mencari ilham bagaimana nak menghasilkan bunga orkid dengan buttercream. Kalau kita google pun tak ada yang mengajar atau menunjukkan bagaimana nak membentuk bunga orkid dari buttercream. Ita cuba juga cari buku, manalah tahu kalau ada yang menunjukkan kaedah bagaimana nak membuat bunga orkid dari buttercream. Malangnya tak ada lagi jumpa.. jadi terpaksalah trial and error....
Untuk membuat sekuntum bunga orkid ni... kita perlukan beberapa nozel dengan tip yang berbeza. Ita terpaksa beli semua nozel untuk mendapatkan bentuk yang sesuai untuk menghasilkan kelopak yang hampir sama.
Hasinya ita kongsikan di atas kek Sayangku Kapten Mukhriz ita ni..
Bagi anda yang berminat untuk turut serta Orchid Buttercream Class
Bolehlah whatsapp ke talian : 018 ~ 7691544
0 komentar:
Posting Komentar