Kumpulan Resep Masakan Lengkap, Puding, Ayam, Kue, Es, Rujak, Tradisional, Mancanegara, Indonesia, Daerah, Lezat, Enak, Gurih, Sedap

Jumat, 20 November 2015

Lagi koleksi bunga Kpop


BerKpop lagi di hujung minggu.
Tempahan kali ini dari orang jauh nu di Kluang Johor. Sebenarnya ita tak ambil kalau tempahan jauh.. luar JB. Ita cukup risau dengan pengendalian semasa membawa kek nanti. Maklumlah pengalaman sebelum ini banyak mengajar ita agar lebih berhati-hati. Bimbang jika pisang berbuah 2 kali.

Tapi bila customer nak juga ita buatkan.. kecil tapak tangan niru ita tadahkan walaupun dalam hati risau bukan kepalang.. Bimbang akan keselamatan kek dan harap kek atan sampai dengan selamat kepada tuannya.




Hari ini kita berimiginasi dengan buna-bunga yang colourful kembang setaman. Warna ceria dan segar untuk pasangan mempelai. Semoga kekal jodohnya sewangi haruman bunga di taman dan senantiasa segar mengiringi bahtera perkhawinan dan bakal di bina.. insyaallah..


Setiap hari ita cuba belajar sesuatu yang baru..
Agar bunga yang terhasil ceria dan segar selalu. Banyak lagi jenis bunga yang ita harus pelajari.. supaya hasil gubahan bunga tidak terlalu membosankan dengan gubahan bunga yang sama.

Bila dapat customer yang tak kisah sangat.. masa itulah ita suka beresperimen.. suka cuba sesuatu yang baru.. belajar bunga baru dan warna-warna yang baru.

Hari ini ita kongsikan satu lagi bunga yang baru ita pelajari. Cara membuat bunga ini ita pelajari dari rakan-rakan FB. Terima kasih kerana sudi membantu dan mengajar ita. Ita sangat-sangat menghargai setiap ilmu yang rakan-rakan kongsikan. Semoga setiap ilmu yang di kongsikan memberikan ganjaran pahala yang belipat kali ganda di sana nanti..


PANSY FLOWER


Untuk membuat bunga ni anda perlukan 2 warna yang berlainan untuk bunga. Ita pilih purple dan white pink. ita letakkan warna purple dengan piping bag bernozel 406 ( wilton ) dan warna white pink dalam piping bag dengan nozel 104 ( wilton) jika tak ada 406 anda boleh juga guna nozel 104 untuk kedua-dua warna. Kemudian jangan lupa untuk line tengah warna hitam dan stigma dengan warna kuning. Untuk dua-dua warna ni tak payah nozel. hanya masukkan dalam piping bag dan gunting untuk lubang yang kecil sahaja.

Mulakan proses membuat bunga dengan merujuk gambar yang ita lampirkan. Gunakan kertas minyak yang di potong persegi kecil. Paipkan warna purple dulu untuk dua kelopak. Kemudian 3 kelopak lagi dengan warna ahite pink. Buatkan garisan halus dengan warna hitam dan stigma di tengah dengan warna kuning.

Buat berapa banyak kuntum mengikut kehendak dan simpan dalam peti ais
Bila dah bersedia untuk deco, keluarkan dan susun atas kek.


Satu lagi bunga yang sering kali di tanya bagaimana cara membuatnya adalah bunga hydrangea. Di sini ita tunjukkan kaedah bagai mana ita menyediakan bunga hydrangea ita

HYDRANGEA FLOWER


Bunga hydrangea biasanya mempunyai 4 kelopak. Tapi terpulang kalau nak buat 4 atau 5 pun boleh.
Untuk bunga hydrangea, perlukan nozel 103 atau 102 bergantung besar mana kelopak bunga yang anda kehendaki.
Untuk bancuhan warna pula, bunga hydrengea ada banyak tone warna ya.. kalau purple dia ada sedikit putih kehijuan sikit. Biasa ita bancuh warna sedikit-sedikit. Mula ita mulakan dengan warna yang sedikit gelap. Ambil biru campur dengan krim sedikit dan gaul rata. Tak nak rata sangat bancuhan pun boleh supaya ia ada tone. Kemudian paipkan atas kertas minyak. Kaedahnya boleh rujuk lampiran gambar. Buat sampai habis warna biru tu. Sebab tu ita bancuh krim tu tak banyak warna biru, sikit aje sebab nak campur warna lain pulak nanti.

Bunga tu anda buat dia bertindih-tindih pun boleh. Buat berapa baanyak kuntum atas kertas. Boleh buat 3, 5, 7 kuntum. Kemudian letakkan inti tengah dengan warna kuning atau putih.
Bila dah habis warna biru tu simpan bunga dalam peti ais. Lebihan sedikit warna biru anda campur pula warna kuning sedikit dan letakkan lagi krim. buat lagi bunga yang sama. Lepas tu kalau nak letak ton putih ke atau sedikit pink pun boleh.

Bila dah siap dan dah keras dalam peti. Bolehlah di gubah atas kek. Tindih-tindihkan agar terbentuk jambangan bunga hydeengea yang segar. Kalau takut dia jatuh atau tertanggal. Setiap kali nak lekatkan bunga atas kek,  letakkan sedikit krim di bawahnya sebagai gum.


EUCALYPTUS


Eucalptus adoiii... bebelit lidah nak menyebut. ia adalah dari himpunan daun yang banyak di selitkan dalam jambangan bunga. Bentuknya yang bulat-bulat tu yang menjadikan ianya nampak cantik dan hidup.

Ini cara ita sediakan daun ni. Mungkin cara kawan kita yang lain.. berlainan dari ita.
Ita menggunakan nozel 121. Untuk cara membuatnya rujuk gambar ya.. tak pandai nak terangkan bagaimana.. tapi buatnya berselang seli. Ikut lah berapa kelopak kita nak buat.



Selamat Mencuba!



Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Lagi koleksi bunga Kpop

0 komentar:

Posting Komentar