Kumpulan Resep Masakan Lengkap, Puding, Ayam, Kue, Es, Rujak, Tradisional, Mancanegara, Indonesia, Daerah, Lezat, Enak, Gurih, Sedap

Senin, 23 November 2015

Churros


Satu lagi resepi yang sedang hangat di perkatakan dan sedang menjadi viral di media sosial. Resepi yang di katakan berasal dari Spanyol yang merupakan kudapan ringan untuk minum petang atau waktu bersantai.

Sekali pandang ianya kelihatan seperti cakoi, tetapi ternyata ia berbeza sama sekali. Mungkin rupanya sahaja yang agak mirip. Pada ita rasanya lebih kepada cream puff, kaedah penyediaannya dan resepinya hampir serupa,  cuma cara memasaknya sedikit berbeza. Jika cream puff di bakar sebaliknya pula bagi churros kerana ianya di goreng seperti donut.

Tapi rasanya pula tidak seperti donut ya.. donut dan cakoi hampir sama rasanya dan kaedah penyediaannya.
Jika donut di salut dengan gula, churros juga sama cuma gulanya di berikan rasa aroma cinimon yang membuatkan ianya lebih harum bila di nikmati.




Churros di hidangkan bersama coklat panas, ianya rangup di luar dan lembut di dalam. Walaupun di biarkan seharian ianya tidak liat atau keras. Pada selera ita pula ianya lebih sedap jika di cicah bersama sos caramel macam pretzel.. ya Allah yummynya..

Anak-anak pula lebih suka makan begitu sahaja bersama gula cinamon.

Cara membuatnya cukup mudah dan cukup ringkas sekali. Ada versi yang menggunakan minyak dan ada yang menggunakan butter. Resepi yang akan ita kongsikan ini menggunakan butter. Resepi ni dapat tak banyak ya, cukup untuk sekali makan sahaja untuk 2 orang rasanya. Kalau ramai sila buat lebih dan gandakan sukatannya.
Jom kita lihat bagaimana penyediaan churros yang mudah dan ringkas


CHURROS

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
15 gm butter
1 sudu besar gula halus
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Untuk salutan

sedikit gula halus
1 sudu teh serbuk cinimon ( kayu manis )



Mula-mula kita satukan air, gula halus, garam dan butter dalam periuk dan masak hingga ia mendidih.


Tepung gandum di ayak bersama baking powder.
Bila air dah didih, tutup api dan terus masukkan bahan tepung sedikit-sedikit sambil sebelah tangan lagi terus mengacau supaya tepung tidak bergentel-gentel.


Adunan akan menjadi lembut dan tidak bergentel macam gambar atas.
Kemudian masukkan telur dan esen vanila dan terus kacau sampai adunan likat.
Biarkan sebentar
Sementara itu bolehlah panaskan minyak


Sediakan nozel bintang macam dalam gambar
Letakkan dalam piping bag.
Jika tak ada nozel dan tak ada piping bag, tak apa.. anda boleh letak dalam plastik bag bahagian bucu tu potong sedikit untuk keluarkan doh nanti.

Sementara itu tunggu hingga minyak panas. Minyak jangan terlalu panas ya, nanti churros tu bentuknya tak cantik, ada letup-letup. Minyak sederhana sahaja macam kita nak goreng donut. tapi jangan pula api perlahan sangat nanti ia serap minyak pulak dah tak sedap!

Paipkan doh tadi dalam kuali, dan gunting panjang mana kita nak.
Masak dan goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhannya hingga kuning keemasan.
Angkat setelah masak dan letakkan dalam bekas yang berlapik kertas tisu, supa serap minyaknya

Sediakan gula yang di gaulkan bersama serbuk cinimon ( kayu manis )
Gaulkan churros dalam gula tadi semasa ia masih hangat, sebab bila dah sejuk gula tu dah tak lekat dah kat churros tu.

Sekarang bolehlah di hidangkan bersama coklat panas, ganache coklat, caramel, nutella atau strawberry compot.
Sedapnya...!



COKLAT SOS

60 ml heavy cream atau tick cream ~ kalau nak lagi cair lebihkan 100 ml
10 gm syrup glucos ~ optional
100 gm dark choc
1 sudu besar Hazelnut paste atau Nutella

Coklat masakkan di cincang kecil
Satuan heavy cream dan glucos dan masak hingga timbul buih kecil tepi periuk
Angkat dan tuangkan atas coklat cincang tadi
Tambahkan Hazelnut paste atau nutela dan gaul rata
Sedia di hidangkan bersama Churros



Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Churros

0 komentar:

Posting Komentar