Kumpulan Resep Masakan Lengkap, Puding, Ayam, Kue, Es, Rujak, Tradisional, Mancanegara, Indonesia, Daerah, Lezat, Enak, Gurih, Sedap

Kamis, 29 Oktober 2015

Pucuk Labu Masak Lemak Putih


Satu lagi pucuk yang ita cari tak jumpa adalah pucuk labu. Payah juga nak dapat pucuk labu ni.. Dah berapa pasar ita cari masih lagi tak jumpa.

Semasa pergi pasar hari tu barulah jumpa dengan pucuk labu ni. Agak mahal juga pucuk labu ini tau! ita beli satu ikat harga RM 9.00.. memang terasa mahal sangat .. tapi sebab suami ita nak makan ita beli lah juga.

Balik bila nak siang, yang dapat sikit aje.. sebab bahagian yang lain dah keras dan liat. Pucuk labu ni kalau liat dah tak sedap! kita nak makan pun rasa macam tak selesa.. sebab liat. Adoiii... mengelat betul rasa penjual ni tau! dah lah mahal.. banyak yang liat daripada pucuk muda yang lembut.




Dulu masa ita kecik, selalu jugak lah mak masak pucuk labu. Tapi masa tu mestilah bila ada orang tanam labu depan rumah. Kalau tidak payah juga nak dapat pucuk labu.
Sewaktu pulang Kelantan dulu, mak mertua ita adalah masak pucuk labu. Sedap pulak makan masa tu.. mungkin masa tu makan ramai-ramai.. jadi bertambah-tambahlah rasa kesedapannya. Kata merrtua ita pucuk labu tu, adik ipar ita beli di Cameron Highland. Adik ipar ita setiap kali pulang Kota Bahru, dia rajin singah Cameron Highland, macam-macam di beli untuk di masak di kampung nanti. Ialah bila sesekali balik kampung.. pasti seronok kan.. makan dengan emak, ayah dan keluarga pasti lah riuh rendah meja makan di buatnya.. bertambah seronok bila makan air tangan mak yang lama di rindui..

Atas permintaan suami maka ita tunaikan.. pucuk labu masak lemak putih..


PUCUK LABU MASAK LEMAK PUTIH

1 ikat pucuk labu ~ ambil pucuk lembut sahaja
1/2 labu ~ buang kulit dan potong kecil
1 cawan santan

Bahan Kisar

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili api
2 sudu besar ikan bilis / 1 sudu besar udang kering

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan santan dan labu dan masak hingga labu empuk
Perasakan dengan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan pucuk labu
Masak hingga layur
Angkat dan hidangkan


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Pucuk Labu Masak Lemak Putih

0 komentar:

Posting Komentar